X

Kindly register in order to view this article
!

Mahrez Bangga Kemenangan Besar City

Mahrez merembat ke pintu gol Burnley.
A
A

KEMENANGAN 5-0 Manchester City ketika berdepan Burnley di laman sendiri awal pagi semalam nyata satu keputusan membanggakan buat penyerang, Riyad Mahrez.

Pemain kelahiran Algeria itu berkata, kemenangan berkenaan dilihat telah membantu City mengukuhkan kedudukan dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Malah menurut Mahrez, dia turut berbangga apabila berjaya menjaringkan hattrik pada perlawanan berkenaan dan sekali gus membantu kejayaan skuad The Citizens itu.

“Secara keseluruhannya, kami berjaya menjaringkan banyak gol pada perlawanan ini bagi meraih tiga mata berharga.

“Kami akan terus beraksi seperti ini pada masa hadapan. Saya juga gembira apabila berjaya menjaringkan gol, tetapi apa yang lebih penting adalah kemenangan selain kejayaan mencipta peluang,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Mahrez menjaringkan gol pada minit ke-6, 22 dan 69 manakala Benjamin Mendi menjaringkan gol pada minit ke-41 dan Ferran Torres menjaringkan gol pada minit ke-66.

Kemenangan berkenaan menyaksikan City berada pada kedudukan kelapan dengan 15 mata hastil empat kemenangan, seri tiga kali dan tewas dua kali daripada sembilan perlawanan.

Sementara itu seorang lagi pemain City, Benjamin Mendy berkata, kemenangan berkenaan membuktikan kesemua pemian telah memainkan peranan masing-maisng dengan baik di sepanjang perlawanan.

Katanya, kemenangan juga telah menjadikan kesebelasan pemain merasa gembira kerana berjaya mencapai matlamat untuk meraih tiga mata pada perlawanan berkenaan.

“Ketika ini kami rasa sungguh gembira. Kami tahu kami telah mencipta banyak peluang gol.

“Walaupun ada percubaan yang tidak menepati sasaran, tetapi jentera serangan serta jentera tengah kami telah beraksi dengan cukup baik kali ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!