Warga emas maut tersepit dalam kereta

Anggota bomba mengeluarkan seorang warga emas selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah kereta lain di Kampung Kelantan, Kota Tinggi malam tadi.
Anggota bomba mengeluarkan seorang warga emas selepas kereta dipandunya melanggar belakang sebuah kereta lain di Kampung Kelantan, Kota Tinggi malam tadi.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga emas maut tersepit dalam kereta dipandunya selepas terlibat kemalangan di Jalan Kampung Kelantan di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 12.51 malam, mangsa Nor Fauzi Dahalan, 62, yang memandu kereta jenis Honda City dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah kereta Proton Wira dipandu Ahmad Hamzah, 57.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Kanan II, Mohamad Othman berkata, seramai 15 anggota dari BBP Kota Tinggi dikejarkan ke tempat kejadian sebaik panggilan kecemasan.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan yang hadir sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis.

"Pemandu Proton Wira pula hanya cedera ringan dan diserahkan kepada pihak Pegawai Perubatan untuk rawatan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, operasi berkenaan tamat pada jam 1.12 pagi.

Artikel Berkaitan: