X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

'Saya masih ada rasa sayang kepada Tun M'

A
A

SHAH ALAM - Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan beliau masih menganggap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tokoh yang disegani dan dihormati.

Mohamed Azmin menerusi wawancara khas bersama The Star berkata, beliau masih menghormati Dr Mahathir walaupun mereka berbeza pandangan selepas penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saya masih ada rasa sayang kepada Dr Mahathir. Beliau tokoh negarawan kita.

“Saya mungkin tidak setuju dengan langkahnya meletak jawatan pada 24 Februari lalu tanpa memberitahu kami terlebih dahulu,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin memberitahu, keputusan mendadak Dr Mahathir itu menggagalkan rancangan untuk beliau memimpin sebuah kerajaan perpaduan dengan sokongan 131 ahli Parlimen seterusnya memaksa Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan tempatnya.

Sementara itu, Mohamed Azmin mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertukar sikap menjadi seorang yang perengus selepas dibebaskan daripada penjara.

Menurutnya, bukan beliau sahaja yang meninggalkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tetapi kebanyakan kakitangan pemimpin itu juga turut berbuat demikian.

“Saya telah berkhidmat untuknya selama 30 tahun, secara rasmi 15 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya juga jaga keluarganya ketika beliau dalam penjara. Saya ingat setelah keluar, beliau menjadi orang lebih baik. Malangnya menjadi orang yang perengus bukan hanya kepada saya tetapi seluruh negara," dakwa Azmin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!