Dua pemandu parah kereta terbabas langgar lopak air

Sebuah kereta rosak teruk selepas terlibat kemalangan di Jalan Persiaran Tanjung Langsat, Tanjung Langsat, Pasir Gudang semalam.
Sebuah kereta rosak teruk selepas terlibat kemalangan di Jalan Persiaran Tanjung Langsat, Tanjung Langsat, Pasir Gudang semalam.
A
A
A

PASIR GUDANG - Dua lelaki parah selepas kereta dipandu mereka bertembung di Jalan Persiaran Tanjung Langsat, Tanjung Langsat di sini semalam.

Kejadian pada jam 8.30 pagi itu berlaku selepas kereta jenis Toyota Camry yang dipandu lelaki berusia 27 tahun hilang kawalan akibat terlanggar lopak air sebelum memasuki arah bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Altis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, rempuhan itu menyebabkan pemandu kereta Toyota Camry mengalami kecederaan patah rusuk kanan dan luka di kepala.

Menurutnya, lelaki berusia 33 tahun yang memandu kereta Toyota Altis mengalami kecederaan patah kedua-dua kaki dan tangan serta kecederaan dalaman.

Sebuah kereta rosak teruk selepas terlibat kemalangan di Jalan Persiaran Tanjung Langsat, Tanjung Langsat, Pasir Gudang semalam.
Sebuah kereta rosak teruk selepas terlibat kemalangan di Jalan Persiaran Tanjung Langsat, Tanjung Langsat, Pasir Gudang semalam.

"Penumpang kereta Toyota Altis iaitu wanita berusia 24 tahun pula hanya cedera ringan.

"Semasa kejadian pemandu kereta Toyota Camry itu dari arah Johor Bahru menghala ke Tangjung Langsat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Regency Bandar Seri Alam dan Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk menerima rawatan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, semasa kemalangan permukaan jalan rata serta licin dan nahas berlaku semasa hujan.

"kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan polis menasihat semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati semasa memandu selepas hujan dan jaga jarak antara kenderaan," katanya.