MFL, FAM perlu bersatu dapatkan penaja baharu

MFL dan FAM perlu bersatu dalam usaha mendapatkan penaja baharu bagi meneruskan survival liga bola sepak tanah air khususnya bagi saingan Liga-M 2021.
MFL dan FAM perlu bersatu dalam usaha mendapatkan penaja baharu bagi meneruskan survival liga bola sepak tanah air khususnya bagi saingan Liga-M 2021.
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu bersatu dalam usaha mendapatkan penaja baharu bagi meneruskan survival liga bola sepak tanah air khususnya bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa berkata, kerjasama erat kedua-dua badan pentadbir bola sepak negara itu dilihat penting bagi meyakinkan pihak penaja untuk menyuntik dana yang diperlukan.

“Setelah dua penaja utama AirAsia dan CIMB menarik diri, FAM dan MFL perlu bersatu untuk dapatkan penaja bagi meneruskan saingan Liga-M.

“Kali ini, FAM dan MFL tidak lagi boleh bergantung kepada penaja-penaja ‘tradisional’ yang kini juga dalam keadaan terdesak kerana tidak ada dana yang mencukupi.

“Sudah tiba masanya untuk FAM dan MFL untuk memiliki team yang berani melakukan approach kepada pihak-pihak korporat lain dalam usaha mendapatkan suntikan dana bagi meneruskan saingan Liga-M,” katanya kepada Sinar Ahad.

Kelmarin, MFL mengesahkan dua penaja utama musim lalu iaitu CIMB dan AirAsia telah menyatakan hasrat untuk tidak menaja saingan Liga-M 2021.

Bagaimanapun MFL turut mengumumkan bahawa Telekom Malaysia (TM) terus kekal komited untuk menjadi penaja utama Liga-M musim depan termasuk F&N dan 100Plus yang meneruskan tajaan dalam bentuk barangan dan bukannya tajaan secara tunai seperti musim lalu.

Selain itu, MFL juga masih dalam peringkat rundingan bersama pihak Shopee berhubung soal penajaan.

Artikel Berkaitan: