APMM bantu iringi bot nelayan Indonesia terkandas

APMM membantu mengiringi bot nelayan Indonesia ke sempadan perairan negara selepas mereka terkandas sejak 10 hari lalu. - Foto ihsan APMM
APMM membantu mengiringi bot nelayan Indonesia ke sempadan perairan negara selepas mereka terkandas sejak 10 hari lalu. - Foto ihsan APMM
A
A
A

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melaksanakan misi tanggungjawab sosial dengan membantu mengiring sebuah bot nelayan Indonesia ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia di sini semalam.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, misi berkenaan dilaksanakan selepas bot yang dinaiki lima nelayan Indonesia itu ditemui terkandas di perairan negara akibat kerosakan enjin, minggu lalu.

Bot nelayan yang dinaiki lima warga Indonesia terkandas di Perak sejak 10 hari lalu akibat mengalami kerosakan enjin. - Foto ihsan APMM
Bot nelayan yang dinaiki lima warga Indonesia terkandas di Perak sejak 10 hari lalu akibat mengalami kerosakan enjin. - Foto ihsan APMM

“Ketika kejadian, bot berkenaan telah ditemui hanyut oleh nelayan tempatan dan ditarik sehingga ke perairan Pulau Pangkor sebelum melaporkan kepada Pasukan Polis Marin.

“Berikutan kerosakan enjin, bot tersebut ditambat di Jeti Awam Damar Laut dengan kebenaran Pasukan Polis Marin, Jabatan Laut dan Pejabat Daerah Lumut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua nelayan tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan untuk jalani saringan koronavirus (Covid-19).

“Mereka yang disahkan negatif telah disanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum dikuarantin sementara menunggu bot mereka dibaiki.

Artikel Berkaitan:

Kepten Maritim Shahrizan Raman
Kepten Maritim Shahrizan Raman

“Setelah berjaya dibaiki semalam dan KM Malawali telah diatur gerak untuk mengiring bot mereka keluar dari sempadan Malaysia-Indonesia sekitar jam 11 pagi,” katanya.

Shahrizan berkata, aset-aset APMM akan terus meningkatkan rondaan dan pengawasan di kawasan titik-titik panas dalam memperkasakan OP Benteng.

“Kawalan persempadan maritim negara dipertingkatkan untuk menyekat pendatang asing tanpa izin (PATI) dan bot-bot nelayan asing daripada terus menceroboh dan memasuki negeri meskipun berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu pada hujung tahun.

Nelayan Indonesia selamat dibawa ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia untuk mereka pulang ke negara itu. - Foto ihsan APMM
Nelayan Indonesia selamat dibawa ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia untuk mereka pulang ke negara itu. - Foto ihsan APMM

“Komuniti maritim diminta untuk bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan pencerobohan nelayan-nelayan asing serta kegiatan jenayah yang berlaku dalam perairan negara kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau National Task Force di talian 011-6251 1123,” katanya.