X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 08 Julai 2022

Sokong Belanjawan 2021 demi rakyat

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat pada Khamis lalu. Gambar kecil: Mohd Izani dan Ahmad Fadhli
A
A

KESEDIAAN ahli Parlimen sama ada daripada blok kerajaan mahupun pembangkang menyokong Belanjawan 2021 merupakan bukti keterbukaan semua pihak dalam mengutamakan kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pindaan terhadap beberapa intipati Belanjawan 2021 yang diumumkan ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat antaranya melibatkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), moratorium dan elaun petugas barisan hadapan ternyata menjadi indikator penting belanjawan itu diluluskan.

“Blok pembangkang telah mengiktiraf betapa kelulusan belanjawan yang baik itu penting untuk kestabilan politik dan urus tadbir yang lebih lancar. Ini masanya untuk kita semua bekerja untuk rakyat.

“Saya tidak merasakan bahawa ia satu langkah terkubur buat pembangkang kerana kalau boleh selepas Belanjawan 2021 diluluskan, kita cuba elakkan politiking,” katanya kepada Sinar Ahad di sini semalam.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen walaupun terdapat 13 ahli Parlimen yang menyokong undi belah bahagi itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sebelum itu bangkit meminta pengundian diputuskan secara belah bahagi, namun aturan itu tidak dapat diadakan apabila gagal memenuhi syarat minimum sokongan 15 wakil rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat.

Sementara itu, penganalisis politik dari Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, peranan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak bersetuju belanjawan tersebut diundi secara belah bahagi menampakkan kematangan pembangkang.

Jelasnya, langkah blok pembangkang menyokong Belanjawan 2021 sebagai menjaga reputasi walaupun sebelum ini mereka lantang menolaknya.

“Pindaan terhadap Belanjawan 2021 boleh dianggap sebagai checkmate kepada pembangkang. Saya juga melihat mereka turut tersepit. Jika tidak sokong akan nampak mereka tidak ikhlas,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!