Rakyat memerhati, rakyat memahami

Kali ini bajet rapat dengan pelbagai anggota masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menyebabkan rakyat mendekati, menghalusi dan meneliti ‘apa sebenarnya kehendak YB’ atau ada ‘YB bersimpati dengan komuniti yang terdesak’ kini? Gambar hiasan fail Bernama.
Kali ini bajet rapat dengan pelbagai anggota masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menyebabkan rakyat mendekati, menghalusi dan meneliti ‘apa sebenarnya kehendak YB’ atau ada ‘YB bersimpati dengan komuniti yang terdesak’ kini? Gambar hiasan fail Bernama.
A
A
A

Jangan anggap rakyat tidak tahu apa-apa. Rakyat sebenarnya sudah tidak berminat politiking lagi. Gencatan politik buat seketika dihargai. Akur kepada nasihat Yang di-Pertuan Agong, Belanjawan 2021 tidak diganggu.

Jarang bajet mendapat perhatian dalam kalangan orang awam kecuali sembang-sembang kedai kopi yang ingin tahu ‘ada bonus ke tidak tahun ini’ setiap kali pembentangan berlaku.

Kali ini bajet rapat dengan pelbagai anggota masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menyebabkan rakyat mendekati, menghalusi dan meneliti ‘apa sebenarnya kehendak YB’ atau ada ‘YB bersimpati dengan komuniti yang terdesak’ kini?

Belanjawan 2021 dibentangkan pada 6 November 2020 dan digulung oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 26 November 2020 dan diluluskan pada hari yang sama dengan undian majoriti menyokong Belanjawan 2020.

Undi protes belah bahagi tidak cukup bilangan minimum untuk dibawa kepada undian blok walaupun kita pernah melihat pengundian sewaktu pemilihan Speaker Dewan Rakyat baru pada 13 Julai 2020 dan pembentangan bil perbelanjaan 2020 bernilai 7.18 bilion pada 17 Ogos 2020. Ribut dalam cawan terhenti.

Sepanjang bulan Oktober sehingga November, tumpuan adalah ke atas bajet; lulus atau tidak? Apa berlaku jika tidak lulus? Adakah sokongan akan diberikan mengikut blok, parti, peribadi, Kabinet atau pengundi? Belanjawan 2021 unik.

Ia mendapat perhatian luar biasa. Masing-masing berhempas pulas menegakkan kepentingan rakyat. Perbahasan mendalam ketara. Semuanya tertumpu pada rakyat. Kesepakatan pemimpin jelas dalam beberapa perkara tanpa mengira batasan fahaman politik mereka.

Belanjawan 2021 adalah instrumental kepada pemulihan Covid-19. Kerajaan dilihat terbuka untuk menerima syor-syor yang menampakkan sifat ‘inklusif’ dan bukan ‘eksklusif’ kepada apa yang sudah dibentangkan.

Sifat tidak berkonfrantasi dengan mana-mana pihak dan menzahirkan ‘hubungan konstruktif’ serta libat-urus walaupun terhad kerana faktor masa tetapi menggunakan segala kesempatan dalam Dewan Rakyat membolehkan ia dipinda dan dibawa ke peringkat jawatankuasa.

Isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan morotarium serta Jasa mendominasi. Daripada perbahasan, pindaan dilakukan ke atas Bantuan Khas Prihatin merangkumi kumpulan barisan hadapan yang lebih luas tidak terhad kepada Kementerian Kesihatan sahaja.

Begitu juga dengan e-belia; elaun untuk pesara termasuk pesara polis, Tabung Pertanian dan elaun perumahan serta bantuan untuk golongan petani. Begitu juga dengan tambahan peruntukan untuk Kementerian Kesihatan.

Ini bukan kemenangan kerajaan dan kekalahan pembangkang kerana yang menang adalah ‘rakyat’. Pembangkang menang sebagai ‘pembangkang berfungsi’ dengan maksud ‘semak dan imbang’ manakala pemerintah menang kerana menjadi ‘kerajaan berfungsi’ atas nama ‘demokrasi keterbukaan’.

Walaupun ada yang kecewa kerana pembangkang tidak menunjukkan solidariti untuk mengundi secara blok, ini juga satu kematangan dalam kalangan pemimpin tertentu untuk mengenepikan sentimen peribadi buat sementara demi rakyat kerana tahu jika ditolak walaupun sudah diterima cadangan mereka, rakyat akan menyoal ‘apa lagi pemimpin ini mahu’.

Artikel Berkaitan:

Kini, bantu rakyat. Pastikan ia tidak ada halangan untuk bacaan ketiga nanti. Kordinasi antara yang merangka, melaksana dan kumpulan sasar penting. Hubungan resiprokal yang saling lengkap-melengkapi boleh memastikan tidak ada ketirisan, kebocoran atau kecairan ke atas bajet ini.

Isunya apa? Bajet atau Perdana Menteri? Jika bajet, rakyat perlu didahulukan. Jika Perdana Menteri, gunakan gelanggang politik untuk beradu kerana ini masa kerjasama silang parti politik.

* Profesor Dr Sivamurugan Pandian ialah profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia