LHM 2021 tanpa kelibat Hockademy

No Image Caption
A
A
A

SKUAD lelaki dan wanita kelab Hockademy terlepas peluang untuk beraksi pada Liga Hoki Malaysia (LHM) tahun depan selepas melakukan penampilan sulung pada liga tersebut musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Kondeferasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh berkata, ini kerana kelab yang dimiliki Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin tidak mengesahkan penyertaan mereka musim depan selepas tarikh tutup pendaftaran tamat 19 November lalu.

Pasukan wanita Hockademy mencipta sejarah apabila muncul jura liga pada penampilan sulung dalam liga tersebut manakala skuad lelaki kelab itu menamatkan saingan di kedudukan keenam daripada lapan pasukan liga.

“Kita telah menghantar borang penyertaan kepada semua pasukan yang bertanding tahun ini termasuk Hockademy dan Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) tetapi tiada jawapan daripada pasukan tersebut,” katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa diadakan secara maya hari ini.

Awal bulan ini, MHC telah menggantung Megat D Shahriman, yang juga presiden KLHA, daripada terbabit sebarang aktiviti sukan itu selama 18 bulan kerana melanggar etika kejohanan LHM.

Sementara itu, Anil Jeet berkata, jawatankuasa itu juga telah memutuskan bahawa satu pasukan hanya boleh menampilkan maksimum enam pemain asing dan kebangsaan. Ini bermaksud, katanya, jika pasukan menurunkan empat pemain asing dalam perlawanan, maka hanya dua pemain kebangsaan boleh disenaraikan dalam perlawanan tersebut.

Jawatankuasa itu juga mengesahkan jumlah pasukan dalam kategori lelaki dihadkan kepada lapan pasukan manakala enam dalam kategori wanita dengan hanya satu divisyen dipertandingan dengan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kelab Hoki Terengganu (THT) dan UniKL dijangka kekal dalam liga musim depan.

Ditanya khidmat jurulatih kebangsaan dilarang membimbing pasukan liga sejak 2016, Anil Jeet berkata, mereka belum memutuskan isu itu manakala prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 akan ditingkatkan semasa liga berbanding pada kejohanan Piala Tun Abdul Razak, September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Megat Shahriman mahu tuntut keadilan

Megat Shahriman digantung 18 bulan

Megat Shahriman hantar rayuan kepada KHM

Artikel Berkaitan: