Anggota polis cedera terkena tembakan rakan setugas

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang anggota polis wanita berusia 31 tahun cedera di jari kaki selepas terkena tembakan yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh rakannya di Balai Polis Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada jam 1.50 petang ketika pemeriksaan mengosongkan senjata sedang dijalankan oleh anggota yang berpangkat Konstabel.

Menurutnya, mangsa ketika itu berada di kaunter aduan dalam jarak tiga meter di hadapan rakannya yang berusia 25 tahun itu.

"Mangsa hanya mengalami kecederaan di jari kelengkeng kaki kiri dan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk mendapatkan rawatan,"katanya.

Menurutnya, beliau kini berada dalam keadaan stabil dan kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

Artikel Berkaitan: