Rumah dinaiki air ketika bertugas

Anggota Rela komited bertugas walaupun rumah sendiri ditenggelami banjir

Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Erawati Jaafar menunjukkan rumahnya yang ditenggelami banjir di Kampung Teladas ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sivik Kampung Air Putih hari ini.

A
A
A

KEMAMAN - Di sebalik ketekunan Erawati Jaafar melaksanakan tugas menjaga kebajikan dan keselamatan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS), namun hatinya diselubungi kerisauan kerana rumahnya sendiri turut ditenggelami air.

Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang berusia 36 tahun itu berkata, hujan lebat sejak lewat malam Khamis telah menyebabkan rumahnya di Kampung Teladas, Air Putih di sini dinaiki air hingga ke paras bumbung.

“Malam Khamis saya berada di sini (PPS Dewan Sivik Kampung Air Putih) untuk melakukan persiapan dan menunggu kedatangan mangsa banjir, sebelum seorang rakan memberitahu bahawa rumah saya juga sedang dinaiki air.

“Pada waktu itu hanya anak sulung saya (Ahmad Razin Riffat, 12) ada di rumah, kerana suami (Roslan Hassan, 48) turut bertugas sebagai anggota Rela. Manakala dua lagi anak yang berusia sembilan dan enam tahun berada di rumah datuk mereka di Kampung Air Putih,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan Sivik Kampung Air Putih di sini.

Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Erawati Jaafar (kanan) bersama suami Roslan Hassan (kiri) dan anak-anak mereka Ahmad Razin Riffat, 12, Atikazahra Latifa, 9, dan Atika Alia Amani, 6, ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sivik Kampung Air Putih hari ini. - Bernaama

Katanya, seawal jam 4 pagi dia bersama anak sulungnya itu berjalan kaki mengharungi air pada paras lutut untuk sampai ke motosikalnya yang diletakkan di rumah jiran, sebelum pergi ke PPS Dewan Sivik Kampung Air Putih.

Namun, Erawati yang berkhidmat sebagai anggota Rela sejak tahun 2009 berasa terkilan kerana bukan sahaja tidak sempat menyelamatkan barang-barang malah tiga pasang pakaian seragam Rela miliknya juga ditenggelami air.

“Ini yang terburuk selepas banjir pada tahun 2014. Tahun-tahun yang lain air hanya naik paras lutut tetapi kali ini rumah saya hanya nampak bumbung sahaja.

Artikel Berkaitan:

“Saya hanya sempat menyelamatkan dokumen penting. Barangan lain yang diletakkan di atas para habis tenggelam. Baju kerja tinggal yang saya pakai ini sahajalah. Memang sehelai sepinggang kami sekeluarga,” katanya. - Bernama