Bilik hotel jadi pusat panggilan penipuan pelaburan diserbu

Antara yang ditahan hari ini dipercayai terlibat kes penipuan pelaburan dalam talian yang beroperasi di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Antara yang ditahan hari ini dipercayai terlibat kes penipuan pelaburan dalam talian yang beroperasi di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis melumpuhkan sindiket penipuan pelaburan dalam talian dengan tertangkapnya 29 individu termasuk 23 warga China di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini hari ini.

Kesemua suspek ditahan kira-kira jam 6 petang menerusi serbuan di tiga buah bilik di hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, operasi membabitkan sepasukan anggota daripada unit Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Dang Wangi.

Beliau berkata, polis mengesyaki suspek terlibat dalam penipuan pelaburan dalam talian dikenali sebagai SCI e-commerce.

Antara rampasan barang susulan tumpasnya sindiket penipuan pelaburan dalam talian di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.
Antara rampasan barang susulan tumpasnya sindiket penipuan pelaburan dalam talian di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati suspek terdiri daripada 23 lelaki warga China dan selebihnya warga tempatan termasuk seorang wanita.

"Serbuan ini turut merampas 40 komputer riba dan 50 telefon bimbit.

"Hasil siasatan mendapati suspek menyewa 20 bilik di hotel berkenaan dengan bayaran RM100 sebulan bagi setiap bilik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Antara rampasan barang susulan tumpasnya sindiket penipuan pelaburan dalam talian di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.
Antara rampasan barang susulan tumpasnya sindiket penipuan pelaburan dalam talian di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, modus operandi kegiatan pelaburan itu mensasarkan pelanggan dari China.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.