Empat mukim di Kulim dilanda banjir kilat

Penduduk di Kampung Ming Terk, Batu Dua, Kulim hari ini dibawa keluar oleh anggota penyelamat ke kawasan selamat. - Foto APM KULIM
Penduduk di Kampung Ming Terk, Batu Dua, Kulim hari ini dibawa keluar oleh anggota penyelamat ke kawasan selamat. - Foto APM KULIM
A
A
A

KULIM - Hujan lebat mengakibatkan empat mukim di daerah ini mengalami banjir kilat yang berpunca daripada masalah perparitan.

Ketua Bahagian Operasi Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, empat mukim tersebut iaitu Mukim Sungai Ular, Mukim Padang Meiha, Mukim Padang Cina dan Mukim Sungai Seluang terjejas selepas hujan lebat bermula pada jam 4 petang tadi.

Menurutnya, sebanyak 105 mangsa membabitkan 21 keluarga di Kampung Paya terjejas akibat banjir kilat di Mukim Sungai Ular dan telah dipindahkan.

Penduduk di Kampung Ming Terk, Batu Dua, Kulim hari ini dibawa keluar oleh anggota penyelamat ke kawasan selamat. - Foto APM KULIM
Penduduk di Kampung Ming Terk, Batu Dua, Kulim hari ini dibawa keluar oleh anggota penyelamat ke kawasan selamat. - Foto APM KULIM

"Di Mukim Padang Meiha pula terdapat 15 mangsa daripada lima keluarga di Kampung Manggis telah dipindahkan. Namun kita masih belum menerima maklumat lagi tentang jumlah mangsa bagi Mukim Padang Cina dan Mukim Sungai Seluang," katanya di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini pusat pemindahan sementara (PPS) masih belum dibuka lagi.

Sementara itu, di Sungai Petani terdapat tiga kampung yang terlibat dengan banjir kilat iaitu Kampung Huda, Taman Kenari Jaya dan Kampung Haji Wahab yang melibatkan kira-kira enam buah rumah.

Bagaimanapun anggaran jumlah mangsa masih belum diperoleh lagi dan mangsa yang terlibat telah dibawa ke tempat selamat.

Artikel Berkaitan: