88 pengunjung pusat hiburan dikompaun

Serbuan di sebuah pusat hiburan di sekitar daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur sejak 21 November hingga semalam.
Serbuan di sebuah pusat hiburan di sekitar daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur sejak 21 November hingga semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 88 individu yang merupakan warga tempatan dikenakan kompaun RM1,000 dalam serbuan polis di lima pusat hiburan sekitar daerah Dang Wangi di sini antara 21 November hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, tindakan diambil mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 8) (Pindaan) (No 4) 2020.

Menurutnya, sepanjang serbuan itu, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi turut menahan seramai 77 warga warga asing atas pelbagai kesalahan.

Serbuan di sebuah pusat hiburan di sekitar daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur sejak 21 November hingga semalam.
Serbuan di sebuah pusat hiburan di sekitar daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur sejak 21 November hingga semalam.

“Seramai 10 warga asing ditahan kerana disyaki tiada memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Selain itu, seramai 67 lagi warga asing lagi ditahan kerana permit masuk atau dokumen perjalanan dalam negeri disyaki palsu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata, kesemua warga asing terbabit disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1) (l) akta sama.

Beliau turut menasihatkan orang awam, warga asing dan pengusaha pusat hiburan supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kegagalan mana-mana pihak untuk berbuat demikian akan berdepan dengan tindakan peruntukan undang-undang.