Lima beradik sepakat beli kereta untuk ayah

A.Rozak( Dua,kiri) dan Ahmad Farizan (tiga,kanan) bersama cucu- cucunya dan wakil jualan kereta terbabit selepas menerima kereta baharu yang dibelikan oleh anak-anaknya
A.Rozak( Dua,kiri) dan Ahmad Farizan (tiga,kanan) bersama cucu- cucunya dan wakil jualan kereta terbabit selepas menerima kereta baharu yang dibelikan oleh anak-anaknya
A
A
A

JERANTUT - Seorang pesara terkejut dan terharu selepas lima anaknya membuat kejutan istimewa dengan menghadiahkan sebuah kereta Persona baharu untuknya.

A Rozak Ab Rahman, 66, dari Kampung Kool di sini menerima kejutan tersebut di pekarangan Proton Mentakab di sini semalam.

Anaknya yang juga seorang guru,Nur Ilyani A.Rozak, 37, memberitahu, mereka mengambil keputusan membelikan kereta baharu kerana keadaan kereta Proton Waja ayahnya yang dibeli sejak 14 tahun lalu sering rosak.

"Setiap bulan ada sahaja kerosakan selain gusar dengan keselamatan ayah yang sering keluar atas pelbagai urusan.

"Jadi kami sepakat sejak awal bulan ini dan mencarikan kereta sesuai dan akhirnya hasrat tercapai untuk mendapatkan kereta baharu untuk ayah," katanya.

Anak kedua daripada lima beradik itu gembira kerana kejutan itu berjaya direalisasikan oleh suaminya, Ahmad Farizan Bahaman, 37, yang membawa ayahnya ke pusat jualan kereta terbabit semalam.

Ahmad Farizan memberitahu, beliau terpaksa menipu dan mengajak ayah mertuanya untuk ke bandar Mentakab.

"Saya berikan alasan tidak tahu lokasi untuk mengambil barang dan sebaik tiba, ayah terkedu dan terharu menerima kejutan kami," katanya.

Artikel Berkaitan: