RM40 juta kos baik pulih HAT Kem Terendak

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) melihat gambar-gambar kerosakan bangunan dan rumusan projek menaiktaraf semasa mengadakan lawatan di 94 Hospital Angkatan Tentera (94 HAT) Kem Terendak, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera LT Jen Datuk Pahlawan (DR) Md Amin Muslan (kiri). - Foto Bernama

A
A
A

MELAKA - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40 juta bagi kos membaik pulih Hospital Angkatan Tentera (HAT) di Kem Terendak, Sungai Udang di sini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan itu sebagai permulaan dan kerja membaik pulih dijangka bermula pada Jun tahun depan bagi menyelesaikan isu kemudahan asas yang didapati usang di hospital itu termasuk fasiliti air, elektrik, dewan pembedahan, unit rawatan rapi (ICU) serta bilik pesakit.

“Hospital ini sudah terlalu lama iaitu sejak 1964...HAT ini tidak boleh diteruskan untuk jangka masa panjang. Jika kita hanya baiki sahaja, akan datang ada kerosakan lain dan ia tidak menyelesaikan masalah selain ia hanya mampu mengambil kes pembedahan kecil sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat hospital berkenaan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihaknya akan mencari inisiatif lain untuk mendapatkan peruntukan bagi merealisasikan hasrat membina hospital tentera baharu di tanah seluas antara 1.21 hektar dan 1.61 hektar di sini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain. - Bernama

Artikel Berkaitan: