Hadapi masalah kemurungan, lelaki ditemui rentung dalam kereta

Anggota bomba membantu memadam kebakaran kereta di kawasan parkir Uptown Teluk Chempedak di sini yang membawa kepada penemuan mayat mangsa dalam keadaan rentung, pagi tadi.
Anggota bomba membantu memadam kebakaran kereta di kawasan parkir Uptown Teluk Chempedak di sini yang membawa kepada penemuan mayat mangsa dalam keadaan rentung, pagi tadi.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam sebuah kereta di kawasan parkir Uptown Teluk Chempedak di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Teh Thean Hock, 64, dari Taman Air Putih Maju berdasarkan dokumen peribadi dalam dompet yang ditemui berhampiran kereta yang terbakar.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kebakaran kereta jenis Proton Wira itu dilaporkan kira-kira jam 6.34 pagi.

Mohamad Noor Yusof Ali
Mohamad Noor Yusof Ali

Menurutnya, operasi memadam kebakaran kereta itu dijalankan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan.

"Selepas kebakaran dipadamkan, pemeriksaan menemui mayat mangsa dalam keadaan rentung dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan setakat ini mendapati kejadian tidak melibatkan unsur jenayah.

"Berdasarkan maklumat daripada pihak keluarga, mangsa menghadapi masalah kemurungan selepas disyaki menghidap kanser prostat dan masih menjalani ujian di sebuah hospital swasta di sini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang rentung dari kereta yang musnah terbakar di kawasan parkir Uptown Teluk Chempedak di sini sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, pagi tadi.