Covid-19: Lebih 400 koperasi kredit terjejas

Abdul Fattah (tengah) menyerahkan sumbangan kepada wakil Koperasi Keluarga Haji Sulaiman, Datuk Hanafi Sulaiman menerusi program CSR Coopcare di Bilik Gerakan Kampung Kuala Sawah, Rantau hari ini.
Abdul Fattah (tengah) menyerahkan sumbangan kepada wakil Koperasi Keluarga Haji Sulaiman, Datuk Hanafi Sulaiman menerusi program CSR Coopcare di Bilik Gerakan Kampung Kuala Sawah, Rantau hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Lebih 400 daripada 600 koperasi kredit yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terkesan sejak Mac lalu susulan pandemik koronavirus (Covid-19).

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, keadaan itu menyebabkan perolehan koperasi berkenaan terjejas kira-kira 30 peratus berikutan pelaksanaan moratorium pinjaman secara automatik selama enam bulan sejak April lalu.

Menurutnya, koperasi kredit terjejas kerana peminjam tidak membuat pembayaran balik kepada kebanyakan koperasi (yang menjalankan moratorium).

"Kita sepatutnya mampu mendapat perolehan RM1.2 bilion sebulan tetapi kerana moratorium kutipan pinjaman hanya RM300 juta sebulan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena program CoopCare Angkasa di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, sektor koperasi masih kekal relevan kerana pengurusan boleh menukar strategi perniagaan mengikut kesesuaian keadaan semasa," katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) menyampaikan keperluan harian melalui Projek Barang Asas 100 (BA100) kepada Pengerusi Koperasi Keluarga Haji Sulaiman Berhad, Datuk Hanafi Sulaiman.

Sebanyak 70 pek barangan keperluan asas seperti minyak masak, beras dan makanan kering dengan jumlah keseluruhan bernilai RM4,900 diagihkan kepada mangsa banjir yang merupakan anggota Koperasi Keluarga Haji Sulaiman Berhad, Koperasi Kariah Masjid Taman Rasah Jaya Berhad dan anggota koperasi sekitar Kampung Kuala Sawah, Rantau.

Artikel Berkaitan: