Bersatu Sabah usul tiga agenda

Hajiji ketika berucap menyokong ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu secara maya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu hari ini.
Hajiji ketika berucap menyokong ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu secara maya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah mengusulkan tiga agenda yang perlu dilaksanakan segera untuk melonjakkan kekuatan parti itu di negeri ini.

Ketua Badan Pimpinannya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) perlu diperkukuhkan walaupun berhadapan dengan pelbagai kemelut dan cabaran.

Katanya, kesibukan mengurus tanggungjawab dalam kerajaan juga tidak seharusnya menjadikan pucuk pimpinan lupa untuk terus berusaha memastikan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.

"Pertama, parti perlu digerakkan secara hikmah dan bijaksana berteraskan agenda perjuangan golongan peribumi tanpa menafikan hak dan kepentingan kaum lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap mencadangkan usul menyokong ucapan dasar Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Perhimpunan Agung Bersatu 2020 yang dilakukan secara maya di seluruh negara, hari ini.

Menurutnya, usul agenda kedua ialah gerakan penambahan ahli, pendaftaran pemilih dan penubuhan cawangan perlu dilaksanakan secara agresif dengan serta merta.

"Kekuatan parti bergantung kepada jumlah ahli dan cawangan. Sejak dari awal penubuhan Bersatu di Sabah, kita telah memohon kebenaran untuk membuka cawangan lebih banyak, tanpa tertakluk kepada jumlah Pusat Daerah Mengundi (PDM).

"Sehubungan itu, Sabah menyokong sepenuhnya cadangan pindaan perlembagaan yang membuka ruang kepada penubuhan lebih banyak cawangan mengikut kampung atau lokaliti.

Artikel Berkaitan:

"Sabah juga berharap agar Sistem Keahlian Parti dapat dibuka semula pada kadar segera untuk mempermudahkan urusan pendaftaran ahli yang telah lama tertangguh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhimpunan Agung Bersatu bincang mansuh jawatan pengerusi

Armada kemuka lima teras usul

'Bukan masa untuk rebut kuasa'

Bagi usul agenda ketiga, Hajiji berkata, parti perlu mempertimbangkan pembentukan sayap ketiga sebagai platform khas yang digerakkan sendiri oleh wanita muda.

"Berdasarkan data terkini, jumlah keahlian wanita muda di bawah umur 30 tahun di seluruh negara hanyalah pada kadar 20 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Srikandi Bersatu.

"Dengan pelaksanaan Undi-18 yang telah diluluskan di Parlimen, dijangka hampir 1.5 juta pemilih baharu berusia 18 hingga 21 tahun akan layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

"Jumlah ini sekali gus menambah jumlah pengundi muda keseluruhan kepada 7.8 juta orang. Daripada jumlah ini, 25 peratus merupakan pengundi wanita muda di bawah umur 30 tahun," katanya.