Wawasan 2020 gagal kerana perubahan dasar kepimpinan negara

Dr Mahathir dalam 'Wawancara Eksklusif: Kapsul Wawasan' yang dirakamkan pada Januari lalu dan disiarkan dalam Facebook beliau hari ini.
Dr Mahathir dalam 'Wawancara Eksklusif: Kapsul Wawasan' yang dirakamkan pada Januari lalu dan disiarkan dalam Facebook beliau hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kegagalan kepimpinan negara meneruskan dasar pembangunan yang telah ditetapkan merupakan faktor menyebabkan negara gagal untuk mencapai sepenuhnya matlamat dalam Wawasan 2020.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata, meskipun banyak kemajuan yang telah dicapai hasil daripada idea dan visi tersebut, namun negara dilihat masih belum berjaya untuk mencapai status sebagai sebuah negara maju.

Beliau berkata, semasa proses penetapan Wawasan 2020 itu, beliau telah menetapkan dasar rancangan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

“Kita telah tentukan arah dan langkah yang perlu kita lakukan supaya matlamat tersebut berjaya dicapai.

“Tetapi apabila saya meletakkan jawatan, tumpuan kepada pembangunan berbeza, bahkan dasar pun berbeza. Bila berbeza, maka kita tidak boleh tentukan kita dapat mencapai matlamat tersebut,” katanya dalam temu bual 'Wawancara Eksklusif: Kapsul Wawasan' yang disiarkan dalam Facebook beliau hari ini.

Wawancara tersebut merupakan rakaman temu bual yang berlangsung pada Januari lalu.

Dr Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi berkata, status kemajuan sesebuah negara boleh dilihat melalui prestasinya dalam bidang ekonomi.

Justeru, katanya, meskipun negara telah mengalami kemajuan dalam beberapa bidang seperti bidang perubatan, namun masih tiada peningkatan yang signifikan yang dicapai terutamanya oleh masyarakat Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan.

“Dalam bidang perniagaan dan perusahaan, di situ kita tidak dapat tingkatkan.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun saya akui ada yang berjaya dan menjadi 'billionaire', tetapi ia masih gagal untuk mengimbangi perbezaan yang ada dari segi antara kaum mahupun antara masyarakat bandar dan luar bandar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Buat azam tahun baru jayakan negara: Tun M

Banyak perkara dalam Wawasan 2020 dicapai: Dr Mahathir

Pada masa sama, Dr Mahathir berpandangan bahawa selain daripada mengutamakan pendapatan per kapita rakyat, negara juga perlu memberikan penumpuan dalam bidang industri dan sumber manusia sekiranya mahu menjadi sebuah negara maju.

“Kita perlu mempunyai kebolehan dalam bidang industri dan juga kebolehan mencipta barangan baharu dan sebagainya.

“Selain itu, kita perlu mempunyai masyarakat yang terpelajar, terlatih dan mampu menangani masalah-masalah masa kini,” katanya.

Kapsul Wawasan

SIARAN Wawancara Eksklusif : Kapsul Wawasan

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Friday, November 27, 2020