Ops Selat: Dua lagi ejen direman hari ini

Dua individu dipercayai ejen pemalsuan cap sempadan di pintu masuk antarabangsa negara direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Dua individu dipercayai ejen pemalsuan cap sempadan di pintu masuk antarabangsa negara direman selama tujuh hari bermula hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua individu yang dipercayai berperanan sebagai ejen berkaitan kes sindiket rasuah dalam pemalsuan cap sempadan di pintu masuk antarabangsa negara direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman sehingga 4 Disember itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya di sini oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi ini.

Menurut sumber, kedua-dua individu berusia 35 dan 49 tahun itu telah dicari oleh SPRM sebelum ini menerusi kenyataan media yang disiarkan pada 18 dan 23 November lalu.

"Kedua-dua suspek itu berjaya dikesan dan seterusnya ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 3 dan 5 petang semalam.

"Menerusi tangkapan terbaharu ini, wang tunai dan beberapa pasport warga asing turut disita," katanya di sini hari ini.

Penahanan tersebut menjadikan kesemua mereka yang ditahan adalah seramai 65 orang terdiri daripada 39 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selain ejen (17) dan orang awam (9).

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga dicari bantu kes cop palsu keluar, masuk sempadan

Artikel Berkaitan:

SPRM tahan pegawai imigresen, tiga ejen, rampas empat kereta mewah