X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar nafi keluar kenyataan akan letak jawatan dalam PH

Anwar - Foto fail Reuters
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) jika gagal mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Malah, beliau berkata, laporan yang memetik dakwaan beberapa ahli Parlimen itu dilihat menimbulkan kekeliruan.

Menurut laporan Astro Awani, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, tindakan tidak bertanggungjawab tersebut bertujuan untuk mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ini jelas dibuat bagi mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan empat ahli Parlimen mendakwa Anwar berjanji untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PH sekiranya gagal membuktikan memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Anwar didakwa melafazkan janji berkenaan pada Khamis lalu dalam pertemuan dengan ahli Parlimen pembangkang selepas Belanjawan 2021 diterima pada bacaan kedua di peringkat dasar Dewan Rakyat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!