'Kerjasama 20 tahun amat sukar dipisahkan'

Mohamad menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar dan Pakatan Harapan. - Foto fail Bernama
Mohamad menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar dan Pakatan Harapan. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berjanji akan terus memberikan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH).

Mohamad berkata, hubungan kerjasama yang sudah terjalin selama 20 tahun itu pastinya mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri.

“Kita sentiasa mencari titik persamaan dan melupakan perbezaan silam dan ia membuahkan kejayaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar perjelas sebab tidak sokong undi belah bahagi

Jangan rai 'kemenangan', Belanjawan 2021 masih boleh ditolak: Anwar

“Tetapi apabila kita sudah bergabung, amat sukar untuk berpisah disebabkan lamanya perhubungan sesama kita dan kesamaan titik perjuangan,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook beliau hari ini.

Paparan skrin hantaran Mohamad di Facebook beliau hari ini.
Paparan skrin hantaran Mohamad di Facebook beliau hari ini.

Dalam kenyataan sama, Mohamad juga tidak menafikan sikap itu jugalah yang menyebabkan beliau enggan meninggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menghentam bekas Perdana Menteri itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Artikel Berkaitan:

“Apabila ada suara menasihatkan saya untuk meninggalkan Tun Dr Mahathir dan menghentam beliau, saya katakan tidak.

“Kita telah bekerjasama dengan beliau, sama-sama sepentas melawan kerajaan kleptokrat yang sangat berkuasa, mengenali di antara satu sama lain, masakan saya hendak memaki hamun beliau,” katanya.

Menurutnya, walaupun beliau pernah melawan Barisan Nasional (BN) ketika dipimpin Dr Mahathir sehingga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak dua kali, namun beliau tetap menerima pelawaannya di bawah parti Pakatan Harapan (PH) untuk melawan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei 2018.

“Apa yang lebih utama bagi kita adalah kesatuan dan persahabatan.

“Dalam masa yang sama kita sentiasa mencari jalan memperbanyakkan kawan dan mengurangkan lawan. Inilah sikap saya,” katanya.

KUKUHKAN KERJASAMA, TAMBAHKAN KAWAN: INILAH SIKAP SAYA. 1. Apabila YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan kumpulannya...

Posted by Mohamad Sabu on Friday, November 27, 2020