Guna renjatan elektrik tangkap ikan musim tengkujuh

Peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan secara renjatan elektrik yang ditinggalkan oleh suspek di Kampung Mokkan dirampas pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan secara renjatan elektrik yang ditinggalkan oleh suspek di Kampung Mokkan dirampas pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
A
A
A

BACHOK - Sekumpulan lelaki yang leka menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik lari lintang-pukang apabila diserbu anggota Jabatan Perikanan Kelantan di dua lokasi berasingan di sini semalam.

Anggota terbabit turut merampas peralatan yang digunakan selepas ditinggalkan lelaki berkenaan.

Pengarah Jabatan Perikanan, Nazri Ishak berkata, operasi membabitkan sembilan anggota Jabatan Perikatan Kelantan bermula jam 9.15 malam di Kampung Mokkan.

Menurutnya, ketika serbuan, suspek melarikan diri dengan menggunakan motosikal dan meninggalkan alat renjatan elektrik yang digunakan.

“Lokasi serbuan kedua di Kampung Terap pada jam berapa 10.30 membabitkan kumpulan lelaki yang melarikan diri ke kawasan paya berhampiran manakala tidak ada motosikal atau kenderaan dikesan di lokasi itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kawasan sawah padi yang dipenuhi air akibat hujan dalam minggu ini di Kelantan menarik minat ramai untuk menangkap ikan darat tetapi ada yang dikesan menyalahi undang-undang kerana menggunakan teknik renjatan elektrik.
Kawasan sawah padi yang dipenuhi air akibat hujan dalam minggu ini di Kelantan menarik minat ramai untuk menangkap ikan darat tetapi ada yang dikesan menyalahi undang-undang kerana menggunakan teknik renjatan elektrik.

Mengulas lanjut beliau berkata, mereka berkemungkinan melakukan aktiviti menangkap ikan tersebut lebih awal selepas waktu Maghrib atau Ishak.

“Kes ini merupakan tangkapan pertama di Bachok ketika musim tengkujuh ini.

Artikel Berkaitan:

“Kami mengesan kegiatan penangkapan ikan darat menggunakan renjatan elektrik di kawasan sawah padi di sekitar negeri ini sejak Kelantan dilanda hujan minggu ini,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan melarang keras penggunaan alatan renjatan elektrik, menuba dan bom yang boleh menyebabkan kepupusan benih serta sumber ikan.

“Saya juga menasihatkan semua nelayan dan penternak akuakultur berwaspada ketika musim tengkujuh yang dijangka akan mengalami empat hingga enam episod hujan lebat disertai angin kencang serta laut bergelora.

“Kecemasan di laut dan aduan boleh menghubungi hotline Fishcom Jabatan Perikanan Malaysia di talian 03-8880 5019 atau Pejabat Perikanan Daerah yang berdekatan,” katanya.