Kantoi pos kulit babi

Barangan hasil pertanian dan kulit haiwan yang dirampas di Pejabat Pos Bukit Mertajam, Rabu lalu.
Barangan hasil pertanian dan kulit haiwan yang dirampas di Pejabat Pos Bukit Mertajam, Rabu lalu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Cubaan beberapa individu membawa masuk bungkusan yang mengandungi barangan keluaran pertanian dan haiwan melalui kiriman pos gagal selepas dikesan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Perbuatan berkenaan dikesan Maqis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang selepas melakukan pemeriksaan mel dan kurier di Pejabat Pos Malaysia, Bukit Mertajam di sini Rabu lalu.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, semakan dibuat mendapati bungkusan milik warga tempatan yang membawa keluaran pertanian dan haiwan dari pelbagai negara antaranya termasuk Taiwan, United States of America (USA) dan United Kingdom (UK).

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan yang dibawa masuk dari negara USA merupakan pelbagai bentuk dan spesis batu seberat 32.7 kilogram (kg) termasuk empat bekas 1.2 kg bebola penapis yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM3,474.

Cubaan beberapa individu membawa masuk bungkusan yang mengandungi barangan keluaran pertanian dan haiwan melalui kiriman pos gagal selepas dikesan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).
Cubaan beberapa individu membawa masuk bungkusan yang mengandungi barangan keluaran pertanian dan haiwan melalui kiriman pos gagal selepas dikesan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

"Kita turut mengesan bungkusan yang mengandungi kulit lembu dan babi separa proses yang bernilai RM3,500 dari Taiwan untuk tujuan pasaran tanpa sebarang dokumen import yang sah.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian dan haiwan tanpa permit yang sah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), Akta yang sama,"katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Zarina berkata, pihaknya sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan lain di pintu masuk bagi isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.