Azian dilantik Timbalan Pengerusi UMNO Perak

Azian Osman
Azian Osman
A
A
A

BAGAN DATUK - UMNO mengumumkan pelantikan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Osman sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Perak yang baharu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan tersebut dibuat bagi menggantikan Allahyarham Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia pada 16 November lalu.

Selain itu, katanya, Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah pula dilantik sebagai Setiausaha UMNO Perak.

Aminuddin Md Hanafiah
Aminuddin Md Hanafiah

"Ini merupakan satu kenaikan pangkat kepada Azian kerana sebelum ini beliau adalah Setiausaha UMNO negeri.

"Saya ingin mengumumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim telah saya umumkan malam tadi sebagai Pemangku Ketua UMNO Bahagian Gerik," katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih di Kampung Rungkup Kecil di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pelantikan Aznel itu mengikut peraturan dan perlembagaan UMNO bahawa timbalan bahagian akan mengambil alih jawatan ketua bahagian sama ada meninggal dunia atau meletakkan jawatan.