X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

'Mungkin sudah tiba masa Majlis Presiden diwujudkan'

Muhyiddin
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran sudah tiba masa untuk mewujudkan Majlis Presiden yang dianggotai ketua-ketua parti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata, Majlis Presiden ini akan memberi peluang kepada ketua-ketua parti yang tidak berada dalam kabinet untuk memberi pandangan parti masing-masing mengenai dasar-dasar kerajaan.

"Saya mencadangkan agar pertemuan antara ketua-ketua parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional diadakan secara lebih kerap.

"Mungkin sudah tiba masanya sebuah Majlis Presiden yang dianggotai oleh ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah diwujudkan," ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden Bersatu pada Perhimpunan Agung Bersatu hari ini.

Menurutnya, pemimpin politik Melayu diseru ketepikan perbezaan politik dan tautkan hubungan silaturrahim.

"Hubungan Bersatu, UMNO yang dulu seteru politik tetapi kini dalam saf politik yang sama adalah satu ujian untuk satukan orang Melayu dan Islam.

"Krisis politik yang berlaku awal tahun ini telah menyatukan UMNO, Bersatu dan PAS dalam satu saf politik yang sama," katanya.

AKAN MENYUSUL


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!