X

Kindly register in order to view this article
!

KWSP: Majikan boleh daftar permohonan pekerja kekalkan 11 peratus

KWSP
A
A

KUALA LUMPUR - Majikan boleh mendaftar permohonan pekerja mereka untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus bermula 14 Disember 2020, kata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWSP berkata, pendaftaran permohonan itu hanya boleh dilakukan melalui portal i-Akaun (Majikan).

“Ini adalah selaras dengan langkah KWSP untuk memastikan penjarakan fizikal dipatuhi serta mengurangkan interaksi secara bersemuka untuk membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Dalam tempoh ini, kehadiran majikan di cawangan KWSP adalah terbatas, manakala aktiviti lawatan pegawai KWSP ke premis majikan akan dihadkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KWSP berkata, majikan hanya boleh hadir ke cawangannya untuk tujuan pendaftaran majikan dengan membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu).

Menurutnya, pembayaran caruman bulanan KWSP serta caj lewat bayar dan dividen boleh dibuat melalui saluran i-Akaun (Majikan), perbankan internet, dan kaunter ejen bank yang dilantik.

Bagi urusan lain, termasuk khidmat nasihat berkaitan majikan dan pengurusan akaun majikan, para majikan boleh berhubung terus dengan pegawai khidmat nasihat majikan yang ditugaskan kepada syarikat masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, majikan boleh menghubungi pusat pengurusan perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kadar caruman berkanun KWSP diturunkan kepada 9 peratus


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!