X

Kindly register in order to view this article
!

Dua maut kemalangan lori rempuh belakang treler

Keadaan lori selepas merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 158.7 Lebuhraya Plus arah utara berdekatan Bukit Gambir, Tangkak hari ini.
A
A

TANGKAK - Seorang pemandu dan kelindan lori maut selepas kenderaan tiga tan yang dinaiki bersama seorang lagi rakan sekerja merempuh belakang sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 158.7 Lebuhraya Plus arah utara berdekatan Bukit Gambir, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 7.10 pagi, pemandu lori, L Gunaseelan, 31, dan kelindannya meninggal dunia manakala seorang lagi rakan sekerja cedera.

Pemandu treler, Muhamad Idrus Anuar, 35, pula dilaporkan selamat.

Seramai 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir dibantu BBP Tangkak dengan dua jentera Fire Rescue Team (FRT) dan dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi dari BBP Bukit Gambir, Penguasa Bomba Nurashid Mamat berkata, setiba di lokasi pihaknya mendapati lori berkenaan melanggar belakang treler jenis Scania yang diparkir di tepi lebuh raya.

"Pemeriksaan mendapati tiga mangsa cedera dan tersepit dalam lori berkenaan sebelum kesemua mereka dikeluarkan.

"Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan yang membuat pemeriksaan mengesahkan pemandu dan seorang kelindan lori telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, seorang lagi lelaki iaitu rakan sekerja mereka cedera parah dan diserahkan kepada ambulans sebelum dihantar ke Hospital Tangkak.

Beliau berkata, operasi tersebut tamat pada jam 8.49 pagi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!