X

Kindly register in order to view this article
!

UiSF bukan jenama biasa-biasa

Abu Bakar bersama peserta lain semasa program UiSF International Webinar Forum anjuran Pusat Sukan UiTM semalam.
A
A

PENGANJURAN UiTM International Sports Fiesta (UiSF) anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) disifatkan berjaya membantu universiti di Indonesia memperbaiki kedudukan universiti dalam Sistem Pemeringkatan Mahasiswa oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia.

Perkara ini dinyatakan wakil Dekan Bidang Kemahasiswaan Fakultas Ekonomi dan Bisnis Universitas Trisakti, Abu Bakar Arif semasa program UiSF International Webinar Forum anjuran Pusat Sukan UiTM semalam.

Menurut Abu Bakar lagi, UiSF adalah satu jenama bagi universiti di Indonesia kerana setiap tahun, lebih 12 universiti dari Indonesia sentiasa menyertai kejohanan itu.

Selain Trisakti, antara universiti yang mengambil bahagian adalah Universitas Indonesia, Universitas Pendidikan Indonesia, Universitas Gadjah Mada serta Universitas Negeri Yogyakarta.

Sementara bagi ahli panel kedua, Mohammad Ali Sabri Abang dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) berkata, UiSF tmemberi peluang kepada mahasiswa dari Brunei dapat berinteraksi dengan mahasiswa dari pelbagai negara.

Menurutnya, pihak pengurusan UBD sentiasa menyokong penuh UiSF ini sejak ia kali pertama diadakan dan konsisten menyertai kejohanan ini setiap tahun.

Bagaimanapun, UiSF yang sepatutnya berlangsung pada 21 hingga 27 Julai lalu tidak dapat dianjurkan akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Kedua-dua ahli panel itu juga berharap supaya UiSF ini dapat dijalankan kembali pada masa hadapan apabila pandemik koronavirus (Covid-19) ini berakhir.

Untuk rekod, UiSF yang bermula pada 2006 disertai sebanyak 75 universiti dari luar negara iaitu Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Sri Lanka, Filipina, Australia, Hong Kong, China, India, Pakistan dan Nepal.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!