PKPB: Waktu operasi pasar harian 6 pagi hingga 4 petang

Waktu operasi pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah bermula jam 6 pagi sehingga 4 petang.
Waktu operasi pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah bermula jam 6 pagi sehingga 4 petang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan hari ini memaklumkan, terdapat ralat mengenai waktu operasi pasar harian yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) petang semalam.

Menerusi satu kenyataan unit tersebut memaklumkan, waktu operasi baharu bagi pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah bermula jam 6 pagi sehingga 4 petang.

Semalam, menerusi sidang akhbar perkembangan PKPP, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan operasi pasar harian bermula 10 pagi sehingga 4 petang berkuat kuasa hari ini.

Ia akan diawasi pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan dipatuhi. - Bernama

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan)

[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Posted by Sinar Harian on Thursday, November 26, 2020

Artikel Berkaitan: