Ketatkan kawalan di 15km sempadan tidak berpagar

Muhammad Sanusi Md Nor
Muhammad Sanusi Md Nor
A
A
A

KIRA-kira 15 kilometer (km) daripada keseluruhan 100km sempadan Kedah-Thailand di lokasi tertentu di negeri itu didakwa tidak berpagar.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, lokasi itu tidak dipagar kerana jaraknya yang panjang, faktor muka bumi dan di dalam hutan.

“Untuk lokasi lain seperti kawasan Bukit Kayu Hitam dan sebagainya memiliki tembok tinggi tetapi dalam hutan bagaimana ia hendak dipasang,” katanya ketika diminta mengulas berhubung aspek keselamatan di sempadan negara.Sehubungan itu, beliau meminta supaya lokasi tidak berpagar itu ditingkatkan lagi kawalan keselamatan supaya tidak dijadikan laluan masuk oleh kumpulan penyeludup.

“Terdapat kira-kira 700km sempadan Malaysia-Thailand melibatkan Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.

“Daripada jumlah itu, terdapat lebih kurang 100km kawasan sempadan di Kedah dengan negara jiran yang dikawal rapi. Bagaimanapun, ada kira-kira 15km kawasan tidak berpagar yang dikesan.

“Disebabkan itu, kita ada usulkan dalam mesyuarat sebelum ini supaya kawalan diperketatkan lagi di kawasan lintasan sepanjang 15km itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia jadi dalang sindiket penyeludupan di sempadan

Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri sememangnya memberi perhatian tentang kawalan sempadan dan perkara itu telah dibangkitkan kepada pihak berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga memahami kemampuan kerajaan Persekutuan untuk memasang pagar di 700km sempadan Malaysia-Thailand yang akan menelan belanja yang tinggi.

Sebagai inisiatif tambahan, Muhammad Sanusi mencadangkan supaya pusat lintasan atau kawasan-kawasan panas di sempadan kedua-dua negara diperketatkan lagi kawalannya.

Selain itu katanya, kawalan keselamatan juga boleh dibuat secara bersama melibatkan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PGA guna perisai kawal sempadan di Kedah, Perlis

Penduduk yakin ketangkasan anggota sempadan