X

Kindly register in order to view this article
!

Kejayaan Ketua Pembangkang?

Anwar
A
A

SYUKUR alhamdulillah, Belanjawan 2021 diluluskan oleh Dewan Rakyat kelmarin. Syabas pada Tan Sri Perdana Menteri dan kerajaannya.

Bagaimanapun ia pusingan pertama. Ada fasa kedua membahaskan bajet itu.

Selama ini, kacau-bilau negara dibuatnya. Khabarnya, Tan Sri Perdana Menteri akan berdukacita sekali lagi disebabkan tidak cukup sokongan untuk meluluskan bajet itu.

Apa yang dipercakapkan oleh orang ramai ialah peranan Ketua Pembangkang, Tuk Seri Anwar Ibrahim dalam meluluskan bajet itu. Bagaimanakah pembangkang jadi begitu keliru sekali? Khabarnya ada ‘mesej’ daripada Anwar pada saat akhir untuk menyokong bajet itu. Selepas itu, banyak pula ahli Parlimen pembangkang yang terpaksa menerangkan kepada pengundi mereka mengapa mereka tak tolak bajet itu.

Ada khabar angin yang Ketua Pembangkang dah lama diajak berunding hal itu. Apabila Datuk Mahfuz Omar meminta undian belah bahagi dibuat, hanya 13 ahli Parlimen bangun menentang. Awang tak hairan Tun mantan Perdana Menteri kesal ahli Parlimen pembangkang tak satu hati dalam hal itu.

Anwar banyak bercakap pasal nombor atau jumlah yang menyokongnya. Selama ini, tak terbukti bahawa dia ada nombor yang didakwa menyebelahinya. Tapi kelmarin, dia berjaya memastikan majoriti pembangkang sokong bajet itu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!