Kekang perbuatan hina institusi raja

Ahmad Faizal bersama isteri mengedarkan limau dan ang pow kepada penduduk di kawasan Chemor sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di sekitar Pasar Awam Chemor.
Attachments area
Ahmad Faizal bersama isteri mengedarkan limau dan ang pow kepada penduduk di kawasan Chemor sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di sekitar Pasar Awam Chemor. Attachments area
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyokong cadangan untuk menggubal undang-undang khas bagi mengekang perbuatan menghina institusi raja.

Menurutnya, sudah sampai masanya cadangan itu dipertimbangkan susulan beberapa kejadian melibatkan pengguna media sosial yang memuat naik status dan komen menghina raja-raja Melayu.

“Ada cadangan-cadangan untuk kita gubal undang-undang baru khusus untuk perkara ini dan saya bersetuju kerana perbuatan mereka jelas menghina insitusi di raja yang sepatutnya kita pelihara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan polis menahan seorang ahli perniagaan dari Kuantan kerana disyaki menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook.

Siasatan ke atas individu berusia 45 tahun yang menggunakan nama akaun 'Michael Cheah' itu dibuat mengikut mengikut Akta Hasutan 1948.

Ahmad Faizal berkata, pihaknya menyokong tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atas pihak-pihak berkaitan.

“Saya fikir dah sampai tahap melampau (orang ramai yang membuat kenyataan menghina) tanpa memikirkan kesan perbuatan mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, tindakan Presien Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik saman fitnah terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan mahu menyelesaikannya di luar mahkamah menimbulkan persoalan berhubung status dakwaan dibuat parti itu, sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

“Selepas membaca laporan mengenai perkara ini, saya tertanya-tanya adakah benar beliau menerima dana itu seperti yang didakwa oleh Sarawak Report?

“Ramai orang yang saya jumpa di sini juga bertanyakan soalan yang sama, jadi kita biar rakyat menilai sendiri,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tambun itu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi mengedarkan limau dan ang pow kepada penduduk di kawasan Chemor sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di sekitar Pasar Awam Chemor.