Kelantan catat lima kes baharu Covid-19

Lima kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini melibatkan dua daerah utama iaitu Kota Bharu dan Tanah Merah.
Lima kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini melibatkan dua daerah utama iaitu Kota Bharu dan Tanah Merah.
A
A
A

KOTA BHARU – Kelantan mencatatkan lima kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini melibatkan dua daerah utama Kota Bharu dan di Tanah Merah.

Jabatan Kesihatan Negeri melalui laman sosial Facebook hari ini berkata, Kota Bharu mencatatkan tiga kes iaitu kes ke-333, 334 dan 335 di Mukim Kubang Kerian yang merupakan kontak rapat Survelan ILI.

Menurutnya, dua kes di Tanah Merah pula ialah kes ke 331 dan 332 di mukim Kusial yang merupakan kontak rapat Kluster Kaya.

"Untuk zon merah di Kota Bharu, sebanyak 45 kes tempatan dicatatkan manakala dua zon jingga iaitu Machang 38 kes tempatan dan Tanah Merah pula 26 kes tempatan.

"Untuk zon kuning pula ialah Pasir Mas iaitu tujuh kes tempatan dan tiga daerah lain iaitu Kuala Krai, Tumpat dan Bachok masing-masing satu kes tempatan.

"Zon hijau pula kini diberikan kepada tiga daerah iaitu Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli," kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, lima kes tamat tempoh 14 hari iaitu kes ke 201 dan 202 di Mukim Kubang Kerian, kes ke 203 di Mukim Pangkal Meleret, Machang dan kes ke 204 dan 205 di Mukim Banggu, Kota Bharu.

"Sebanyak 11 kes import B iaitu kes merentasi negeri dicatatkan iaitu tiga kes di Jeli iaitu saringan berisiko dari Sabah, tiga di Tumpat iaitu dua dari saringan berisiko dari Sabah dan Johor satu kes.

Artikel Berkaitan:

"Dua kes di Kota Bharu iaitu saringan berisiko dari Selangor dan dua kes di Tanah Merah iaitu saringan berisiko dari Sabah satu kes dan Selangor satu kes. Machang juga mencatatkan satu kes iaitu saringan berisiko dari Selangor," katanya.

Secara keseluruhannya, katanya, jumlah kes dicatatkan ialah 335 kes dan 130 kes aktif dalam tempoh 14 hari dan 202 kes pula tamat tempoh 14 hari.