Pemberian vaksin Covid-19 tidak diwajibkan

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mewajibkan pemberian vaksinasi Covid-19 di negara ini kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas beliau, vaksin hanya akan diberikan suntikan vakisn kepada mereka yang menandatangani persetujuan bertulis secara sukarela dan tiada sebarang paksaan.

"Tetapi sebaik mungkin bagi kumpulan yang agak mudah dijangkiti adalah amat wajar mereka bersedia untuk diberikan vaksin. Ini adalah supaya kita dapat mengawal wabak ini.

"Namun, saya yakin bahawa tahap penerimaan dalam kalangan orang ramai adalah tinggi. Kebanyakan orang ingin kembali menjalani kehidupan yang normal kerana ramai yang telah terkesan dengan wabak ini.

"Tinjauan terbaru oleh YouGov juga menunjukkan bahawa sekitar 82 peratus rakyat Malaysia bersedia untuk di vaksinasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar diadakan secara sidang video di Perdana Putra, di sini semalam.

Hadir sama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar sudah memutuskan bahawa pemberian vaksin tidak melibatkan pelajar sekolah buat masa sekarang.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 6.4 juta rakyat Malaysia bakal terima vaksin Covid-19: PM