Malaysia ketinggalan jika tidak tandatangani perjanjian vaksin

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia akan ketinggalan sekiranya tidak menandatangani perjanjian berhubung pembelian vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, apabila vaksin itu didaftarkan di Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), permintaan terhadapnya akan meningkat.

"Mengambil pengalaman lepas semasa peningkatan gelombang kedua, banyak negara telah membuat perolehan terhadap alat pelindung diri (PPE) daripada pengeluar," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, selain COVAX, Malaysia juga menandatangani perjanjian dengan Pfizer bagi memperolehi bekalan vaksin.

ARTIKEL BERKAITAN: 6.4 juta rakyat Malaysia bakal terima vaksin Covid-19: PM

Vaksin Covid-19 percuma kepada rakyat Malaysia: PM

"Jika tidak mulakan langkah proaktif, kita akan ketinggalan," katanya.

Beliau mengulas mengenai perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media maya di pejabatnya hari ini.
Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini.
Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (kanan) dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin (kiri). - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media maya di pejabatnya hari ini. Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini. Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (kanan) dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin (kiri). - Foto Bernama

Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Malaysia bakal menerima sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia pada tahun depan.

Perjanjian itu bertujuan untuk memastikan kerajaan mempunyai akses kepada data untuk menilai kualiti, keselamatan dan keberkesanan, di samping menjamin akses kepada vaksin tersebut sekiranya sedia untuk diedarkan oleh pihak syarikat tersebut.