Kutipan zakat PZS hampir capai sasaran RM90 juta

Mohd Arifin (tengah) menyaksikan penyerahan zakat perniagaan daripada Sedafiat Sdn Bhd kepada Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) yang diwakili Ag Buhtamam kepada Ramlan di Dewan Madani, Wisma Muis, Kota Kinabalu hari ini.
Mohd Arifin (tengah) menyaksikan penyerahan zakat perniagaan daripada Sedafiat Sdn Bhd kepada Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) yang diwakili Ag Buhtamam kepada Ramlan di Dewan Madani, Wisma Muis, Kota Kinabalu hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kutipan zakat bagi Pusat Zakat Sabah (PZS) kini hampir mencapai sasaran apabila berjaya mengutip sebanyak RM84 juta zakat daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan organisasi korporat di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sasaran kutipan zakat PZS tahun ini adalah sebanyak RM90 juta dan berharap ia akan berjaya dicapai menjelang hujung tahun ini.

"Mudah-mudahan kita akan dapat capai sasaran kutipan zakat untuk tahun ini kerana biasanya GLC dan organisasi korporat akan tampil membayar zakat perniagaan pada penghujung tahun," katanya kepada pemberita selepas hadir dalam majlis penyerahan zakat perniagaan daripada Sedafiat Sdn Bhd kepada Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), di Dewan Madani, Wisma Muis hari ini.

Mohd Arifin dalam pada itu berharap lebih banyak GLC dan badan korporat menunaikan tanggungjawab mereka untuk melakukan pembayaran zakat perniagaan kepada PZS.

"Kita juga berharap Kementerian Kewangan Sabah dapat memberikan sokongan dan dokongan dalam menggalakkan GLC dibawahnya untuk membantu dari segi pembayaran zakat perniagaan dan juga zakat pengajian.

"Kerana di bawah Kementerian Kewangan terdapat banyak GLC, jadi dengan adanya sokongan daripada kerajaan, kita berharap GLC ini akan dapat membantu dari segi pembayaran zakat," katanya.

Mohd Arifin berkata, kempen untuk memberikan penjelasan serta taklimat kepada GLC, syarikat korporat dan individu turut dilakukan supaya mereka menunaikan kewajipan mereka.

Terdahulu, pada majlis itu, sebanyak RM577,511.28 zakat perniagaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn Bhd, Datuk Ag Buhtamam Ag Mahmun kepada Setiausaha dan Ketua Pegawai Eksekutif Muis, Ramlan Awang Ali.

Artikel Berkaitan:

Majlis itu turut disaksikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Ahlis Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Sabah, Jaffari Walliam.