Anwar perjelas sebab tidak sokong undi belah bahagi

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Pembangkang masih mempunyai peluang untuk menyatakan pendirian dalam pengundian Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa selepas ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang masih wujud untuk menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa dalam minggu-minggu akan datang.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau meminta tiada undi belah bagi dibuat semalam supaya pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dapat diteliti secara mendalam.

“Ahli-ahli Parlimen berhak mempersoal apakah peruntukan-peruntukan ini adalah tambahan kepada yang telah diumum atau terhasil dari pemotongan mana-mana kementerian lain.

"Apakah jumlah sebenar belanjawan serta kesan terhadap situasi kewangan negara, selain isu golongan yang masih mendambakan bantuan seperti pemandu teksi, pengusaha kantin dan ramai lagi.

“Beberapa mekanisme termasuk berkenaan pengeluaran dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium bank juga perlu diteliti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata, dalam sejarah perjalanan Parlimen Malaysia, belum pernah belanjawan dipinda seperti berlaku di Malaysia.

“Ini adalah tanda kesediaan Perikatan Nasional (PN) melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa termasuk melanggar duluan Parlimen,” katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Usul Belanjawan 2021 diluluskan<

Dr Noor Hisham luah rasa syukur Belanjawan 2021 lulus

Jangan rai 'kemenangan', Belanjawan 2021 masih boleh ditolak: Anwar

Tun M kritik pembangkang tidak bangun sokong undi belah bahagi