Kelindan maut tercampak di laluan bawah lebuh raya

Lori tersangkut pada pengadang jalan di Kilometer 280.7 Lebuhraya Utara-Selatan, arah Selatan, berhampiran Nilai petang tadi menyebabkan kelindannya maut akibat tercampak ke jalan raya di bawahnya. - Foto bomba

A
A
A

NILAI - Seorang kelindan lori maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 280.7 Lebuhraya Utara-Selatan, arah Selatan di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, mangsa berusia 32 tahun tercampak keluar dari lori dan terjatuh ke laluan bawah lebuh raya.

"Kemalangan melibatkan sebuah lori dan van.

"Berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku apabila van jenis Toyota Hiace yang dipandu di lorong paling kanan oleh seorang lelaki berusia 32 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Melaka hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lori tersangkut pada pengadang jalan di Kilometer 280.7 Lebuhraya Utara-Selatan, arah Selatan, berhampiran Nilai petang tadi menyebabkan kelindannya maut akibat tercampak ke jalan raya di bawahnya. - Foto bomba
Lori tersangkut pada pengadang jalan di Kilometer 280.7 Lebuhraya Utara-Selatan, arah Selatan, berhampiran Nilai petang tadi menyebabkan kelindannya maut akibat tercampak ke jalan raya di bawahnya. - Foto bomba

Beliau berkata, van terbabit kemudian melanggar sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso dinaiki mangsa yang dipandu di lorong paling kiri oleh seorang lelaki berumur 38 tahun.

"Berikutan kejadian itu, lori tersebut terbabas ke kiri dan melanggar besi pengadang kiri jalan.

“Pemandu lori mengalami kecederaan dalaman dan sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban, manakala kelindan lori yang tercampak keluar dan terjatuh ke laluan bawah iaitu Jalan Nilai–Salak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau bagaimanapun berkata, pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.