Vaksin Covid-19 percuma kepada rakyat Malaysia: PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media maya di pejabatnya hari ini. Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media maya di pejabatnya hari ini. Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Vaksin Covid-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia di bawah Perintah Fi (Perubatan) 1982.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan Perenggan 16(9) Perintah Fi (Perubatan) 1982, tiada caj suntikan vaksin boleh dikenakan kepada warganegara Malaysia di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa berlakunya wabak Covid-19.

Tambah beliau, Covid-19 telah diisytiharkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mencegah wabak tersebut daripada merebak.

"Bagaimanapun, bagi warga asing, caj sebanyak RM40 dikenakan untuk perkhidmatan suntikan vaksin di fasiliti KKM," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas mengenai vaksin di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Menteri Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dalam pada itu, mengenai pembiayaan bagi mendapatkan vaksin tersebut, Muhyiddin berkata, peruntukan sebanyak RM3 bilion telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan untuk pembelian vaksin di bawah Tabung Covid-19.

Ketika ditanya sama ada pihak swasta akan mempunyai akses untuk vaksin tersebut, Muhyiddin menjelaskan, ia hanya dilakukan selepas kerajaan mendapat akses kepada vaksin Covid-19 yang mencukupi dan kumpulan prioriti telah mendapat vaksin tersebut.

Artikel Berkaitan: