Covid-19: Malaysia bakal dibekalkan 12.8 juta dos vaksin

Pfizer Malaysia dan BioNTech SE hari ini mengumumkan perjanjian dengan KKM serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi membekalkan sebanyak 12.8 juta dos vaksin di Malaysia. Gambar hiasan 123RF
Pfizer Malaysia dan BioNTech SE hari ini mengumumkan perjanjian dengan KKM serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi membekalkan sebanyak 12.8 juta dos vaksin di Malaysia. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Pfizer Malaysia dan BioNTech SE hari ini mengumumkan perjanjian dengan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi membekalkan sebanyak 12.8 juta dos vaksin berasaskan BNT162 mRNA di Malaysia.

Pengurus Kebangsaan Pfize, Luksanawan Thangpaibool berkata, perjanjian tersebut tertakluk kepada kejayaan klinikal dan peraturan yang diluluskan ke atas koronavirus (Covid-19).

"Kami sangat berbesar hati bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan menganalisa ilmiah dan sumber pembuatan ke arah tujuan bersama kami untuk membawa potensi vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia secepat mungkin.

“Dalam menghadapi krisis kesihatan global, tujuan kami ialah berusaha untuk mengubah kehidupan pesakit Covid-19. Harapan kami bergantung kepada kejayaan klinikal dan peraturan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Perniagaan dan Ketua Pegawai Komersial BioNTech, Sean Marett berkata, pihaknya percaya vaksin yang dihasilkan berpotensi untuk membantu mengatasi ancaman pandemik Covid-19.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan bekalan global vaksin Covid-19 yang selamat dan berkesan untuk seramai mungkin warga dunia dalam masa secepat mungkin yang kami mampu,” katanya.

Selain hubungan dengan kerajaan, Pfizer dan BioNTech telah menyatakan minat mereka untuk membekalkan kemudahan tersebut kepada Vaccine Global Access (COVAX).

Mengambil kira data kes positif dan data pembuatan dan keselamatan yang diperlukan, Pfizer dan BioNTech menjangkakan akan menghasilkan kira-kira 50 juta dos vaksin secara global pada 2020 dan 1.3 bilion dos pada tahun 2021.

Artikel Berkaitan:

Buat masa ini, vaksin BNT162b2 belum diluluskan dan dibenarkan untuk diedarkan ke seluruh dunia.