X

Kindly register in order to view this article
!

Parti gabungan PN tak boleh bergerak sendirian

Ahmad Faizal
A
A

SHAH ALAM - Parti gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) termasuk UMNO dan Pas tidak boleh bergerak secara bersendirian untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut laporan Astro Awani, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sekiranya parti-parti dalam PN tidak mahu bekerjasama, ia seolah-olah ‘menghadiahkan’ kemenangan kepada pihak pembangkang.

“Jika mereka atau kami bertindak untuk pergi ke pilihan raya secara bersendirian, maka saya berpandangan ini sama seperti menghadiahkan kepimpinan kerajaan yang kita sedang pimpin sekarang ini kepada pihak pembangkang.

“Jadi, semua pemimpin perlu faham bahawa keperluan untuk bekerjasama itu jauh lebih penting, lebih besar nilai dan maksudnya daripada terlalu mengikut kehendak iaitu melebihkan parti kita daripada parti-parti lain," katanya dalam temu bual dalam Buletin AWANI Khas hari ini.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak berkata, Bersatu menyedari bahawa setiap parti mungkin mahukan pembahagian kerusi yang banyak di sesuatu kawasan apabila pilihan raya.

Bagaimanapun, katanya, beliau merasakan bahawa perkara itu perlu dikorbankan kerana keutamaan adalah untuk memastikan sokongan dan kepimpinan kerajaan ketika ini terus diberikan mandat untuk mentadbir.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!