YBR bantu ringan beban keluarga Nur A'afiyah

YBR menyampaikan sumbangan berupa bantuan 'stoma bag' bernilai RM3,289, wang tunai serta barangan keperluan kepada keluarga Nur A'afiyah di rumahnya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur semalam.
YBR menyampaikan sumbangan berupa bantuan 'stoma bag' bernilai RM3,289, wang tunai serta barangan keperluan kepada keluarga Nur A'afiyah di rumahnya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, itu nasib yang dialami seorang bayi yang mengalami komplikasi kesihatan sejak lahir selain terpaksa menggunakan 'stoma bag' untuk membuang air besar.

Bukan itu sahaja, Nur A'afiyah Muhammad Hassan, 6 bulan, turut memerlukan susu khas untuk meneruskan kehidupan.

Nasib Nur A'afiyah mendapat perhatian Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang tampil menghulurkan bantuan berupa bekalan barangan perubatan di rumahnya di Kampung Sungai Penchala di sini semalam.

Pemangku Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Mohd Fauzi Md Fadzil berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu Nur A'afiyah selepas menerima permohonan bantuan daripada ayahnya, Muhammad Hassan yang dibuat kepada Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

"Ayah kepada Nur A'afiyah yang merupakan seorang pemandu van dan ibunya seorang suri rumah, turut terkesan dengan kekangan perbelanjaan dan kekurangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara kini.

Sumbangan YBR disampaikan Mohd Fauzi kepada keluarga Nur A'afiyah di rumahnya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur semalam.
Sumbangan YBR disampaikan Mohd Fauzi kepada keluarga Nur A'afiyah di rumahnya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur semalam.

"Dengan bantuan 'stoma bag' bernilai RM3,289, wang tunai serta barangan keperluan ini diharapkan dapat membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Nur A'afiyah," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Fauzi, sehingga November, YBR telah memperuntukkan hampir RM200,000 bagi tahun 2020 untuk sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Artikel Berkaitan:

"Sumbangan ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

Orang ramai yang ingin menghulur bantuan kepada Nur A’afiyah boleh menghubungi Muhammad Hassan Kamil di talian 018-2406884 atau sumbangan menerusi akaun Maybank 165125108616.