Hanya 70 peratus penjawat awam dibenar di pejabat

Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan Tiga Tahun 2020 yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar hari ini.
Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan Tiga Tahun 2020 yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan menetapkan hanya 70 peratus daripada 6,000 penjawat awam di negeri ini bertugas di pejabat kerajaan negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), manakala selebihnya akan bekerja dari rumah.

Perkara tersebut terkandung dalam Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bilangan Tiga Tahun 2020 yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar.

Menurut satu kenyataan hari ini, ia selaras dengan pengumuman kerajaan menguatkuasakan PKPB di Kelantan bermula 21 November sehingga 6 Disember ini.

Katanya, pelaksanaan operasi perkhidmatan terbabit dipersetujui berkuat kuasa mulai 26 November 2020 dan ketua jabatan perlu memastikan perkhidmatan asas jabatan tidak terjejas dan dapat dicapai oleh pelanggan.

"Sebahagian pegawai lagi akan diarahkan atau disarankan untuk bekerja dari rumah (BDR) sebagaimana peraturan BDR yang ditetapkan. Antaranya ialah sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Selain itu sentiasa bersedia sekiranya diarah ketua jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain dan memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan turut menyebut bahawa ketua jabatan diminta menyesuaikan serta melaksanakan kaedah pengoperasian perkhidmatan itu di jabatan atau agensi masing-masing.

Dalam masa sama, katanya, perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan serta kesihatan seperti pelaksanaan saringan suhu badan, penjarakkan fizikal, penggalakan pemakaian pelitup muka serta penggunaan pembasmi kuman untuk tangan terus diamalkan.

Artikel Berkaitan:

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin mengesahkan mengenai arahan berkenaan.