Polis rampas mercun bernilai RM30,000

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TANGKAK - Polis merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM30,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Wawasan 2 di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 2.30 pagi sepasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah Tangkak selepas menerima maklumat awam dan menahan seorang penghuni berusia 46 tahun.

“Hasil pemeriksaan juga, polis menemui 65 kotak berisi pelbagai jenis mercun dipercayai dijadikan stok Tahun Baru Cina di dalam rumah lelaki tersebut yang bekerja sebagai peniaga.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1959 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau ke dua dua sekali,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: