X

Kindly register in order to view this article
!

Sultan Johor kurnia bot laju kepada PPM

Sultan Ibrahim mengurniakan bot laju IMG kepada PPM yang bertugas di Wilayah 2, Mersing, hari ini. - Foto IHSAN ROYAL PRESS OFFICE (RPO)
A
A

MERSING - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebuah bot laju IMG kepada Pasukan Polis Marin (PPM) yang bertugas di Wilayah 2, di sini hari ini.

Menerusi satu hantaran terbaharu dalam Facebook rasmi Sultan Johor, bot laju dengan enjin berkapasiti 900 kuasa kuda yang berkelengkapan penuh itu adalah bagi penugasan PPM di kepulauan serta perairan Mersing.

Hadir sama dalam penyerahan bot itu ialah Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 2 Mersing, Inspektor Rosli Mohd Saad dan SM Risik/Operasi PPM Wilayah 2 Mersing, Sarjan Mejar Hasnuddin Hassan.

Sultan Ibrahim mengurniakan bot laju IMG kepada PPM yang bertugas di Wilayah 2, Mersing, hari ini. - Foto IHSAN ROYAL PRESS OFFICE (RPO)
Sultan Ibrahim mengurniakan bot laju IMG kepada PPM yang bertugas di Wilayah 2, Mersing, hari ini. - Foto IHSAN ROYAL PRESS OFFICE (RPO)

Pada 29 September lalu, baginda berkenan mengurniakan 10 kereta jenis Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kenderaan tersebut bagi menzahirkan penghargaan atas sumbangan serta khidmat mereka kepada baginda dan keluarga Diraja Johor.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!