Peragut telefon bimbit dicekup polis

Motosikal jenis Yamaha 135LC yang dirampas polis susulan tertangkapnya seorang lelaki di Segambut, Kuala Lumpur semalam.
Motosikal jenis Yamaha 135LC yang dirampas polis susulan tertangkapnya seorang lelaki di Segambut, Kuala Lumpur semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun dan ragut diberkas polis menerusi Ops Cantas di Taman Sri Sinar, Segambut di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam dengan rampasan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC.

"Ketika soal siasat, suspek memberitahu terlibat dengan dua kes ragut telefon bimbit di sekitar daerah Brickfields pada hari yang sama (semalam).

"Kejadian pertama melibatkan mangsa seorang lelaki berusia 26 tahun dengan kerugian RM3,000 manakala mangsa kedua seorang lelaki berusia 27 tahun membabitkan kerugian RM4,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis percaya dengan tertangkapnya suspek itu berjaya menyelesaikan beberapa kes ragut di sekitar Brickfields.

Menurutnya, suspek kini direman lima hari sehingga Selasa depan untuk siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

"Polis akan terus kekal fokus bagi memastikan keselamatan orang awam. Sebarang informasi berkaitan jenayah boleh salurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-22979222," katanya.

Artikel Berkaitan: