Derita hampir 40 tahun rumah digenangi air!

Kawasan rumah Md Zulfaisal yang ditenggelami air dan mengambil masa lama untuk kering sepenuhnya.
Kawasan rumah Md Zulfaisal yang ditenggelami air dan mengambil masa lama untuk kering sepenuhnya.
A
A
A

KOTA BHARU - Sembilan penduduk terdiri daripada dua keluarga di Kampung Tebing Tinggi Sabak, di sini sudah tidak tahan menderita kerana kawasan rumah mereka sentiasa digenangi air meskipun bukan musim tengkujuh sejak 30 tahun lalu.

Lebih menyukarkan dan memeritkan lagi apabila sekarang ini musim hujan lebat sudah bermula yang menyebabkan kawasan berkenaan ditenggelami air sedalam 0.3 meter.

Seorang penduduk, Md Zulfaisal Muda, 39, berkata, keadaan tersebut turut dilalui semasa arwah ibu dan ayahnya masih ada berikutan masalah sistem perparitan.

“Saya dan keluarga adik saya sudah buntu. Kalau hujan dua hari air dah bertakung dan ambil masa berminggu-minggu untuk surut.

“Laluan untuk keluar rumah juga tenggelam. Pada musim hujan ini terpaksalah saya redah air yang berbau dan kotor,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Md Zulfaisal terpaksa mendukung anaknya, Nur Qurratu Izara ketika keluar dari rumahnya kerana air kotor dan busuk.
Md Zulfaisal terpaksa mendukung anaknya, Nur Qurratu Izara ketika keluar dari rumahnya kerana air kotor dan busuk.

Dia juga berkata, air di kawasan rumahnya sudah bergenang sejak bulan Oktober lagi dan semakin teruk kerana hujan berlaku hampir setiap hari sekarang ini dan kadang kala lebat.

“Kalau nak tunggu surut semua air ini, saya kena tunggu sampai bulan Februari. Motosikal pun kena tumpang rumah-rumah jiran, nasib baik mereka memahami keadaan kami,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Md Zulfaisal yang bekerja sebagai mekanik juga memberitahu, dia tinggal bersama isteri dan seorang anak perempuan berusia 8 tahun manakala adiknya duduk bersebelahan rumahnya ditemani isteri dan empat anak.

“Bukan sahaja kasihankan diri sendiri yang setiap hari ‘bermain’ air kotor tetapi simpati dengan adik kerana mempunyai bayi berusia setahun lebih. Kalau ada apa-apa masalah kena redah air di malam-malam hari,” katanya.

Kawasan rumah Md Zulfaisal yang ditenggelami air dan mengambil masa lama untuk kering sepenuhnya.
Kawasan rumah Md Zulfaisal yang ditenggelami air dan mengambil masa lama untuk kering sepenuhnya.

Md Zulfaisal juga berkata, dia mengharapkan ada pihak yang tampil membantu kerana sudah tidak sanggup menghadapi perkara ini saban tahun.

“Jarak sungai dengan rumah lebih kurang 200 meter tetapi disebabkan masalah perparitan perkara ini tidak dapat diselesaikan lagi,” katanya.

Katanya, sebuah kereta miliknya juga tidak dapat diselamatkan akibat hujan terlampau lebat pada empat tahun lalu dan sehingga kini masih tersadai di tepi rumahnya.