5,379 penjawat awam Negeri Sembilan terima bonus setengah bulan gaji

Aminuddin mengumumkan 5,379 penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga DUN Negeri Sembilan hari ini. - Foto Bernama
Aminuddin mengumumkan 5,379 penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga DUN Negeri Sembilan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 5,379 penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar selewat-lewatnya minggu kedua Januari 2021.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika mengumumkan perkara itu pada pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2021) 2020 (Belanjawan 2021) Negeri Sembilan berkata, ia bagi menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam dalam memastikan jentera pentadbiran negeri terus beroperasi walau dalam situasi yang serba mencabar ini.

“Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam yang sentiasa mencurahkan khidmat bakti kepada kerajaan dan rakyat, BKK ini akan diberikan kepada semua penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran negeri.

“Diharap bantuan kewangan khas ini dapat memberikan sokongan dan dukungan kepada penjawat awam di samping membantu merancakkan aktiviti ekonomi tempatan,” katanya pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini.

Kerajaan negeri hari ini membentangkan belanjawan yang bertemakan 'Merangsang Ekonomi Memperkasa Rakyat’ meliputi empat strategi dan lapan bidang tumpuan membabitkan peruntukan berjumlah RM560 juta berbanding RM457 juta pada Belanjawan 2020.

Dalam pada itu, beliau berkata, kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan tanpa faedah akan diteruskan untuk kemudahan penjawat awam yang layak. - Bernama

Artikel Berkaitan: